Wednesday 29 June 2016

Tips atasi tumit merekah

Tumit merekah


Bila tumit kaki mula merekah memang sangat merisaukan bagi kebanyakan wanita. Bukan muka sahaja perlukan penjagaan, tumit kaki juga perlu penjagaan dan perhatian. Kenapa tumit kaki boleh merekah? Apa yang boleh sebabkan tumit merekah?

Faktor penyebab tumit merekah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.
Banyak juga faktor yang boleh sebab tumit kaki merekah.

Jom ikuti tip penjagaan tumit.


  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.
  • Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras.
 Saya nak share pengambilan cream herbal blend boleh membantu mengatasi tumit merekah ni.


 Untuk mencuba herbal blend cream yang pelbagai guna ini , hubungi saya ira, 013.3196652. Tak rugi mencuba ianya sesuai untuk seisi keluarga.

Sumber

No comments: