Tuesday 21 June 2016

7 tanda -tanda anda mungkin mengidap demam denggi




Demam denggi ni kalau duduk di lembah kelang memang lah popular ye, termasuklah kawasan area tempat tinggal saya di Shah Alam. Kalau boleh memang kita semua tak nak lah kena demam denggi ni kerana buat masa sekarang belum ada ubat yang khusus untuk demam denggi. Jadi  Kena berwaspada lah kita dengan mengamalkan langkah pencegahan dan kawalan. Lagi pun kalau nak kena demam denggi ni tak kira siapa, bayi, kanak-kanak atau pun orang dewasa. Jika imun sistem badan kita lemah lagi mudah nak kena denggi.

Apakah demam Denggi?

 Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja.

Jadi macam mana kita nak tahu yang kita berkemungkinan mengidap demam denggi?

Berikut 7 tanda-tanda, antara tanda yang mungkin dialami dan juga gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk :
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam

Jadi sangat lah penting untuk kita tahu supaya kita segera bertindak untuk mendapatkan rawatan dan juga langkah kawalan supaya demam denggi tidak bertambah teruk. Demam denggi ada dua jenis iaitu demam denggi biasa atau demam denggi berdarah. Bahaya denggi berdarah kerana ia boleh membawa maut. (mintak simpang ye..kalau boleh jangan lah kena...huhu)

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut.

Apakah rawatan untuk demam denggi?
Segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera, namun masih tiada rawatan khas untuk denggi. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Petua bantu hilangkan denggi. 


Jadi kita perlu mencari alternatif lain yang boleh membantu menghilangkan demam denggi. Antaranya  boleh mencuba sup ketam ataupun jus betik. Selain itu, Anda boleh mengamalkan suplemen yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan bagi melawan virus denggi. Antara suplemen yang disyorkan adalah :

1. Nutriferon - Berperanan membantu meningkatkan interferon dalam badan dimana interferon membantu mngaktifkan sel-sel imun badan  untuk melawan virus.

2. Sustain Release Vita -C - membantu meningkatkan fungsi imun dalam badan terutama inteferon dan juga membantu menghalang jangkitan virus dan mempercepatkan proses penyembuhan.

3. Performance Drinks- membantu mengembalikan dan menstabilkan kandungan air dalam badan. Ia membantu memberi tenaga kepada pesakit da mengelakkan hidrasi.





Testimoni pulih denggi


Cubalah alternatif untuk membantu mengatasi demam denggi.
Hubungi saya, ira ditalian 013.3196652 .




Rujukan:
http://www.infosihat.gov.my/infosihat
 http://www.pku.upm.edu.my




No comments: