Wednesday 13 July 2016

Resdung ke radang sinus?

Saya ada masalah resdung dan selalu gatal-gatal hidung. Biasa kita dengar berkenaan resdung dalam masyarakat sekeliling. Resdung tu macammana?

 Resdung

Menurut magazette.com, resdung adalah istilah melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik.

 Sinus

Menurut myhealth.gov.my, Sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini mengeluarkan sedikit cairan untuk memerangkap kotoran dan memberi kelembapan pada rongga hidung.


 Antara Penyakit utama yang dikaitkan dengan istilah resdung atau radang sinus ini adalah merujuk kepada‘allergic rhinitis’ atau sinusitis.
  • Allergic rhinitis- dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca.

credit photo : google
  • Sinusitis -Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. 

Apakah tanda dan gejala radang sinus?

Di antara tanda dan gejala radang sinus adalah seperti berikut:
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala atau muka
  • Jerawat pada muka
  • Selsema berpanjangan
  • Hidung berbau busuk
  • Demam
  • Letih dan lesu
  • Hilang deria rasa dan bau
  • Batuk teruk pada waktu malam

Jika dibiarkan dan tidak dirawat, ianya boleh menjadi lebih teruk dan merbahaya.

Bagaimanakah radang sinus menjadi bahaya?

Radang sinus akut boleh menyebabkan:
  • Radang sinus kronik
  • Sakit kepala kronik
  • Bisul pada sinus maxilar
  • sinus frontal
  • sinus ethmoidal
  • otak
  • mata.
 
 Oleh itu dapatkan rawatan dan nasihat doktor dengan segera jika anda menghadapi radang sinus/
 Gejala dapat dikurangkan dengan cara :
  • Rehat yang cukup
  • Bernafas dalam wap panas dari semangkok air ( boleh tambah sedikit minyak angin).
  • Makan ubat penahan sakit ( panadol)
  • Ubat selsema bagi mengurangkan bengkak dalam hidung
  • Antibiotik sekiranya penyebabnya bakteria.


Selain itu, saya ingin berkongsi, pengambilan suplemen shaklee yang boleh membantu mengurangkan radang sinus ataupun resdung.



Saya juga nak kongsi beberapa testimoni pengguna suplemen Shaklee untuk masaalah resdung.








Untuk mencuba set untuk resdung, hubungi saya ira . 013.3196652

Rujukan : myhealth, mmgazette.com


No comments: